Assalamualaikum.. hari ini saya nk bercerita tentang moto hidup. Saya percaya setiap dari kita ada moto hidup. Moto hidup ni adalah sesuatu yg menjadi pegangan hidup kita, yg mampu mengingatkan tentang impian hidup kita.
Tengok tajuk tulisan ini. Itu moto hidup saya ketika saya belajar di universiti dulu. Dulu waktu diploma saya ni kategori budak2 tak pandai. Maksudnya apa tu? Maksud, selalu dapat markah rendah dalam kelas. Selalu repeat kelas. Dan nak habiskan diploma pun kena tambah semestar. Tak silap saya GPA saya waktu sem 1 ialah 1.80. Sangat rendah kan? Itu bukan sebab saya tak belajar.
Buat pengetahuan anda, saya adalah pelajar jurusan Diploma Perakaunan di UiTM Melaka. Sebenarnya saya tak tahu mana silapnya saya, belajar pun dah, hafal pun dah, tapi tak paham2. Saya tak tahulah kenapa saya lembab sangat. Semester berlalu demi semester, akhirnya ketika saya di semester 5, saya mengambil keputusan untuk ambil hanya sedikit sahaja subjek sem 6. Saya tahu kemampuan saya. Daripada saya dok struggle nk ambil semua paper sem 6, lebih baik saya ambil sikit2. Jadi 3 paper saya bawak ke sem 7.
Oh ye, sebelum saya masuk ke sem 5, saya mengadu pada mak ayah saya. saya belajar tapi semua tak faham semua tak masuk kepala. Pelajar2 lain mungkin ada yg pandang rendah pada repeaters ni, tapi hakikatnya tak semua yang mereka fikir itu betul. Saya cakap kat mak, saya nak jumpa orang agama. Nak minta pendapat beliau. Lalu mak dan ayah saya pun bawa saya jumpa seorang ustaz dari Kelantan ni.Ustaz tu cakap simple je. Sebelum study, tadah tangan baca doa dulu. Minta pada Allah semoga diberi kefahaman dlm pelajaran. Sudah tentulah saya baca doa. TAPI, selepas habis study baru saya nak baca doa minta Allah mudahkan jawab exam semua.
Sebab apa saya doa selepas study?
Sebab moto USAHA, DOA & TAWAKAL. Sebenarnya apa2 pun kita nak buat, mula2 Allah dulu barulah diikuti yg lain2. Sebab saya guna pakai moto ni lah, saya doa last sekali.
Sebenarnya yg betul DOA, USAHA & TAWAKAL. Kenapa kena berdoa dulu? Sebab apa2 sahaja yg kita nak lakukan kat dunia ni, takkan terjadi tanpa keredhaan & keizinan Allah. Jadi klu nak belajar dan nak ilmu tu masuk dlm kepala, kenalah minta pada Allah dulu. Kena dapat keberkatan dan keredhaan Allah.
Sejak daripada itu, sebelum belajar saya akan baca al fatihah, surah alam nashroh, doa belajar dan doa memohon Allah mudahkan pelajaran saya. Selepas mengamalkan apa yg dikatakan oleh ustaz tu, Alhamdulillah sy pun terkejut dengan perkembangan akademik saya. Dan akhirnya pada semester 7 , saya berjaya menamatkan pelajaran saya dengan pointer GPA 3.67.Memang saya agak lambat untuk habiskan diploma berbanding kwn2 sy yg lain. Tapi saya masih gembira dan bersyukur berjaya.
Saya tetap berbangga dengan diri saya. Sy dengar ramai yg kecundang dan give up utk habiskan diploma ni. Sudah tentu saya takut, berikutan keputusan exam sy yg mmg nyawa2 ikan. Tapi saya masih mengharapkan keajaiban. Susah senang nak habiskan belajar ini, hanya Allah je yg tahu. Dengan terpaksa ikat perut, dipinggirkan kawan2, dan mcm2 dugaan Allah beri pada saya waktu study diploma ni. Semua kekuatan saya ni, saya percaya dari mak dan ayah. Kemiskinan hidup membuatkan saya enggan menoleh ke belakang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MOTO HIDUP: Doa , Usaha, Tawakal.
Assalamualaikum.. hari ini saya nk bercerita tentang moto hidup. Saya percaya setiap dari kita ada moto hidup. Moto hidup ni adalah sesuatu ...
-
Cinta pertama.. Eeeeyuuu..jiwangnya tajuk. Cinta pertama ni semua pun mengalaminya. Biasanya berlaku time sekolah. Hari ini saya nak mence...
-
Cuci usus ni bagus untuk kesihatan kita. Kadang2 badan kita rasa x fresh, lemau je kalau datang kerja tu. Pastu kalau makan product2 kesihat...
-
Assalamualaikum. Wah..dah setahun tak menulis di blog sendiri ni. Bukan apa, lupa password. Ni hah, tiba2 teringin nak menulis. Hari ni sa...