Cinta pertama..
Eeeeyuuu..jiwangnya tajuk. Cinta pertama ni semua pun mengalaminya. Biasanya berlaku time sekolah. Hari ini saya nak menceritakan tentang cinta pertama saya.
Saya tak pernah bercinta. Tapi bg sy cinta pertama bagi saya adalah orang yg mula2 kita jatuh cinta dlm hidup kita (selain ibu bapa). Waktu zaman sekolah menengah, saya ada minat kat seorang mamat ni. Dia budak pandai. Budak kelas pertama. Saya kelas kedua. First time saya jumpa dia adalah waktu darjah 1. Betapa bisingnya mulut dia dalam kelas tu. Saya masih ingat lagi. Tapi saya mula suka dia waktu saya darjah 6.
Waktu mula2 nak masuk sekolah menengah, sy tak rasa dia akan sama sekolah dgn saya. Yelah, dia UPSR 5A. Saya pula dpt 3A je. Jadi saya dah anggap dia ni akan masuk sekolah asrama penuh.
Waktu saya nk ambil list buku utk form 1 kt kedai buku sekolah, saya ternampak dia dengan kawan dia. Saya punya gembira, huhu tak sangka akan jumpa dia kt sekolah tu. Rupanya dia pun sekolah situ juga. Sampai form 3 sy selalu usha dia dari jauh.
Dulu kt sekolah sy ada pokok rendang kt pokok tu ada kerusi batu. Jadi sy dgn geng2 sy selalu duduk situ waktu rehat. Pastu bila dah habis rehat, saya takkan masuk kelas terus. Sebab apa, saya akan tunggu si dia masuk kelas dulu baru sy masuk. Sbb tangga nak naik kelas tu depan pokok rendang tu. Hahaha, walaupun tak sekelas dgn dia hari2 sy blh tgk dia naik tangga. Jadilah dari tak ada.
Org kata xpayahlah layan perasaan sgt waktu sekolah ni. Tapi klu nak tahu dialah inspirasi sy nk belajar. Sbb dia budak pandai jadi sy akan bersungguh2 nak belajar jdi pandai mcm dia juga. Klu terjumpa dia, kau tahu berdebar2 hati ni jantung berdegup laju je. Penangan cinta pertama katakan.
Waktu form 3, PMR. Saya teringat waktu darjah 6 dia pernah cakap dia nak jadi doktor. Nak jadi doktor kenalah masuk kelas Sains Tulen kan? Saya yg tak ada cita2 ni mulalah menanam cita2 utk menjadi seorang doktor. Kan saya dah bagitahu tadi, dia kan sumber inspirasi saya. Sbb tulah cita2 saya pun diinspirasikan dari cita2 dia.
Jadi, sy mula belajar rajin2 sbb sy target nak masuk kelas sains tulen sbb fikir dia mesti akan masuk kelas sains juga sbb budak pandai kan masuk kelas sains. Oh ya, kalau nak tahu saya lebih suka bidang sastera. Saya dulu pernah hasilkan byk sajak2 dan syair. Ada yg dihantar ke majalah sekolah. Lukisan saya pun pernah dipamerkan di sekolah. Tapi waktu form 3, sy terror sains n math sbb cita2 kan nak masuk sains tulen kenalah suka subjek tu.
Bila result PMR, sy rasa gembira sangat. Saya dpt 6A 2B. Saya boleh masuk kelas sains tulen. Saya boleh sekelas dgn dia. Yeah..yeah. Dia pula dpt 8A, budak pandai kan. Hari pertama sekolah utk form4, saya tunggu lah dia masuk kelas Sains tu. Tapi..rupanya dia pilih kelas Kejuruteraan. Saya punya kecewa, sedih betul.
Tak lama lepas tu dia masuk asrama. Saya pula tak apply mana2 mrsm ke asrama penuh sbb sy fikir mak ayah saya org susah mana mampu nk hantar ke asrama. Sejak tu saya hilang sumber inspirasi sy. Sy mula lupa cita2 saya. Sy belajar main2. Saya gagalkan kertas periksa saya. Saya mmg sengaja gagalkan saya tak tahu kenapa saya buat mcm tu. Saya percaya kalau dia masih bersekolah kt situ, sy mesti akan dpt result spm yg cemerlang. Sbb setiap kali melihat dia, saya akan terus bersemangat nak belajar sungguh-sungguh. Lepas dia dah tiada kt sekolah tu, sy pandang siapa2 pun kt sekolah tu sy tetap tak ada semangat nk belajar.
Dia bukanlah hot guy kt sekolah tu. Tapi dia ada sesuatu yg tiada pada org lain. Sampai ke hari ini pun saya masih menganggap dia adalah lelaki yg terbaik pernah sy jumpa. Dia pun sampai sekarang pun tak pernah hiraukan saya. Skrg masing2 dah dewasa, dah ada kerja. Walau mcm mana pun keadaan dia skrg, saya doakan dia bahagia dgn hidup dia. Dia pun takkan tahu sampai bila2 tentang betapa dia sgt bererti buat saya suatu ketika masa dahulu. Hahahaha...
Yg tahu siapa cinta pertama saya ni adalah Izyan. Kawan baik saya, orang yg mula2 sy bagitahu siapa cinta pertama saya ni. Izyan kawan yg tersangat baik tau. Itulah kisah cinta pertama saya. Walaupun ada cinta kedua, ketiga, keempat dan kelima semua tak setanding yg pertama ni.
Ini hanya cerita sahaja, tiada kaitan dengan perasaan hati saya sekarang. Cuma nk berkongsi pengalaman je. Pengalaman indah dalam hidup saya..
Tuesday, 3 January 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MOTO HIDUP: Doa , Usaha, Tawakal.
Assalamualaikum.. hari ini saya nk bercerita tentang moto hidup. Saya percaya setiap dari kita ada moto hidup. Moto hidup ni adalah sesuatu ...
-
Cinta pertama.. Eeeeyuuu..jiwangnya tajuk. Cinta pertama ni semua pun mengalaminya. Biasanya berlaku time sekolah. Hari ini saya nak mence...
-
Cuci usus ni bagus untuk kesihatan kita. Kadang2 badan kita rasa x fresh, lemau je kalau datang kerja tu. Pastu kalau makan product2 kesihat...
-
Assalamualaikum. Wah..dah setahun tak menulis di blog sendiri ni. Bukan apa, lupa password. Ni hah, tiba2 teringin nak menulis. Hari ni sa...
No comments:
Post a Comment