Monday, 2 January 2017

Azam 2017

Tahun ni 2017, umur saya masuk 29 tahun. Bermakna ada lagi setahun nak masuk 30 tahun. Sebelum ni masuk tahun baru je, saya mmg tak pernah ada azam. Tapi bila saya fikir-fikir, sejak saya berkerja tahun 2012 sampai lah sekarang saya tak pernah nak fikirkan apa2 untuk diri saya. Bagi saya, saya hanya bekerja untuk bantu family. Saya lupakan sosial bersama teman2. Saya lupa pasal kesihatan diri saya. Yg saya fikir hanya kerja semata2. Dulu kalau blh ari ahad sabtu dan waktu public holiday pun kerja. Nampak tak gila duit di situ.

Jadi untuk pertama kali nya saya berazam untuk menguruskam badan saya. Dulu saya tak adalah gemuk mcm skrg. Dulu waktu sekolah 80kg. Dah masuk U 90kg. Dah masuk alam pekerjaan 112kg. Tinggi saya 1.63cm.

Kenapa saya nk kurus ni? Sebabnya dari bulan Disember 2016 lagi, saya dah mula fikirkan. Selama ni saya tak pernah nak fikir psl diri saya. Semua yg saya fikirkan family. Yg penting bagi saya mak dan ayah. Jadi saya bertanya pada diri saya, Fadzilah apa lagi yang kau nak dlm hidup kau? Pelajaran dah ada, kerjaya dah ada, kereta dah ada, duit sendiri sudah ada. Mungkin sebab faktor umur juga,  saya rasa saya harus fikirkan sesuatu tentang diri saya.

Gemuk? Ingat semua org kt dunia ni nak ke jadi gemuk. Korang yg susah nk gemuk tu kira beruntung. Jgnlah menghina org gemuk. Mereka pun ada perasaan. Org kutuk saya gemuk? Apa saya peduli. Orang yg mengutuk tu tak pernah pun bagi saya makan, tak pernah pun bagi apa2 kepentingan dalam hidup saya.

Apa saya nak hairan dgn mereka.

Sebenarnya saya mula perasaan bila badan saya makin naik ni, pergerakan jadi terhad. Mudah semput, sesak nafas. Bila jumpa doktor,  doktor ckp ia berpunca dari berat badan saya. Doktor pun suggest sy untuk menurunkan berat badan.

Apalagi, saya pun menetapkan azam utk kurus buat kali 1.Berat sy dah elok turun 2 kg , sy mula lupa saya punya azam. Sampailah satu masa ni, saya mendapat tahu crush sy nak kahwin. Dia punya frust, kau tak tahu..hahaha. saya mula bertanya pada diri saya. "Fazz, tak adalah lelaki kan nak suka kau? Sebab kau tak cantik. Kau gemuk."

Eh, tapi saya bukannya desperate nk kahwin ke. Cuma saya fikir,  org yg saya suka tak pernah nak suka saya. Jujur sampai ke hari ini pun saya tak pernah lagi serius memikirkan tentang perkahwinan, hehe.. seronok membujang.

Akhirnya, saya mula menetapkan azam nk kurus buat kali ke2. Tapi saya ingatkan bila dah frust dgn crush. Sy bersemangatlah nk kurus. Rupanya dlm masa 2 minggu je saya terus tak ada perasaan kt crush. Sedih pun tak. Jdi diet saya pun on off on off.

Kali ketiga, saya betul2 nekad nk kurus. Pada 19/12/16, bermulalah perjuangan saya. Apa cara saya buat?

1) makan less karbohidrat.
2) makan more protein
3) no air manis
4) no makanan manis
5) exercise 4-5 kali seminggu

Hasilnya...tadaa.
Setakat ni baru turun 5kg la. Jadi dari berat saya 112kg sekarang 101kg. Byk lagi nak kena turunkan ni. Sebab saya punya target berat adah 61kg. Tak apa biar lambat asalkan selamat. Gudluck to my self. Next entry saya postkan gambar terkini saya :)..


No comments:

Post a Comment

MOTO HIDUP: Doa , Usaha, Tawakal.

Assalamualaikum.. hari ini saya nk bercerita tentang moto hidup. Saya percaya setiap dari kita ada moto hidup. Moto hidup ni adalah sesuatu ...