Cuci usus ni bagus untuk kesihatan kita. Kadang2 badan kita rasa x fresh, lemau je kalau datang kerja tu. Pastu kalau makan product2 kesihatan tiada efek. Berdiet pun berat tak turun2. Inilah sebab nya. Usus x bersih jadi nutrien tak dapat menyerap dengan baik. Jadi itulah punca2 muka berjerawat , diet tak berjaya, makan produk kesihatan tiada kesan.
Dulu saya mula2 buat detox pakai air lemon semua tu. Tapi ia tidak memberi apa2 kesan pada diri saya. Jadi saya mula google cari produk detox di pasaran. Akhirnya saya jumpa. Trudetox. Truedetox ada 3 perisa seperti original, yogurt strawberi dan mangga afrika. Saya paling suka yogurt strawberi. Tapi masa saya mula2 makan Truedetox ni saya ambil perisa original je waktu tu itu je perisa yang ada. Perisa original ni dia ada rasa masam2 manis.
Waktu mula2 minum jangan cakaplah terseksanya. Tapi jgn risau, itu efek awal2 minum. Yelah bayangkan selama 25 tahun saya hidup makan macam2, jadi usus saya sudah tentu terlalu kotor. Jadi untuk 4-5 hari awal penggunaan, mmg semua keluar. Perut memulas-mulas. Tapi lepas seminggu minum dah tak sakit. Lepas mengamalkan truedetox ni, mmg sistem penghadaman saya kembali pulih. Kalau tak saya asyik sembelit je. Tapi apa-apa pun produk Trudetox ni sangat bagus. Jangan risau ia mempunyai kelulusan KKM. Itu semua saya akan kaji sebelum mengambil apa2 supplemen atau ubat.
Sekarang ni saya amalkan detox juga. Tapi saya buat sendiri je. Lebih natural dan hanya memerlukan 2 bahan sahaja iaitu;-
1) nata de coco
2) yakult
Kalau nak tahu saya dapat resipi ni dari hasil google juga. Resipi ini dengarlah adalah suggestion dari doktor juga. Jadi jangan risau ia sudah tentu selamat dan SEDAP, hehe.
Cara nak buat;-
1) Nata de coco basuh bersih2 untuk hilangkan rasa manis.
2)Ambil lebih kurang 20 ketul nata de coco masukkan dalam gelas.
3)Kemudian isikan 1 botol yakult ke dalam gelaa yg berisi nata de coco tadi.
4) Kacau perlahan2 dan minum.
Minuman ini hendaklah di minum sebelum tidur. Tapi Nata de coco tu jgn kunyah sampai lumat. Cuma kunyah sikit dan terus telan.Hasilnya memang tak mengecewakan. Esoknya anda akan membuang semua yang anda makan semalam.
Kalau yang ada penyakit sembelit memang elok sangat minum. Hah, apa lagi cubalah. Ingat, usus yang kotor juga adalah punca penyakit datang. Mulakan hidup lebih sihat dari sekarang.
Sunday, 15 January 2017
Tuesday, 3 January 2017
Cinta Pertama
Cinta pertama..
Eeeeyuuu..jiwangnya tajuk. Cinta pertama ni semua pun mengalaminya. Biasanya berlaku time sekolah. Hari ini saya nak menceritakan tentang cinta pertama saya.
Saya tak pernah bercinta. Tapi bg sy cinta pertama bagi saya adalah orang yg mula2 kita jatuh cinta dlm hidup kita (selain ibu bapa). Waktu zaman sekolah menengah, saya ada minat kat seorang mamat ni. Dia budak pandai. Budak kelas pertama. Saya kelas kedua. First time saya jumpa dia adalah waktu darjah 1. Betapa bisingnya mulut dia dalam kelas tu. Saya masih ingat lagi. Tapi saya mula suka dia waktu saya darjah 6.
Waktu mula2 nak masuk sekolah menengah, sy tak rasa dia akan sama sekolah dgn saya. Yelah, dia UPSR 5A. Saya pula dpt 3A je. Jadi saya dah anggap dia ni akan masuk sekolah asrama penuh.
Waktu saya nk ambil list buku utk form 1 kt kedai buku sekolah, saya ternampak dia dengan kawan dia. Saya punya gembira, huhu tak sangka akan jumpa dia kt sekolah tu. Rupanya dia pun sekolah situ juga. Sampai form 3 sy selalu usha dia dari jauh.
Dulu kt sekolah sy ada pokok rendang kt pokok tu ada kerusi batu. Jadi sy dgn geng2 sy selalu duduk situ waktu rehat. Pastu bila dah habis rehat, saya takkan masuk kelas terus. Sebab apa, saya akan tunggu si dia masuk kelas dulu baru sy masuk. Sbb tangga nak naik kelas tu depan pokok rendang tu. Hahaha, walaupun tak sekelas dgn dia hari2 sy blh tgk dia naik tangga. Jadilah dari tak ada.
Org kata xpayahlah layan perasaan sgt waktu sekolah ni. Tapi klu nak tahu dialah inspirasi sy nk belajar. Sbb dia budak pandai jadi sy akan bersungguh2 nak belajar jdi pandai mcm dia juga. Klu terjumpa dia, kau tahu berdebar2 hati ni jantung berdegup laju je. Penangan cinta pertama katakan.
Waktu form 3, PMR. Saya teringat waktu darjah 6 dia pernah cakap dia nak jadi doktor. Nak jadi doktor kenalah masuk kelas Sains Tulen kan? Saya yg tak ada cita2 ni mulalah menanam cita2 utk menjadi seorang doktor. Kan saya dah bagitahu tadi, dia kan sumber inspirasi saya. Sbb tulah cita2 saya pun diinspirasikan dari cita2 dia.
Jadi, sy mula belajar rajin2 sbb sy target nak masuk kelas sains tulen sbb fikir dia mesti akan masuk kelas sains juga sbb budak pandai kan masuk kelas sains. Oh ya, kalau nak tahu saya lebih suka bidang sastera. Saya dulu pernah hasilkan byk sajak2 dan syair. Ada yg dihantar ke majalah sekolah. Lukisan saya pun pernah dipamerkan di sekolah. Tapi waktu form 3, sy terror sains n math sbb cita2 kan nak masuk sains tulen kenalah suka subjek tu.
Bila result PMR, sy rasa gembira sangat. Saya dpt 6A 2B. Saya boleh masuk kelas sains tulen. Saya boleh sekelas dgn dia. Yeah..yeah. Dia pula dpt 8A, budak pandai kan. Hari pertama sekolah utk form4, saya tunggu lah dia masuk kelas Sains tu. Tapi..rupanya dia pilih kelas Kejuruteraan. Saya punya kecewa, sedih betul.
Tak lama lepas tu dia masuk asrama. Saya pula tak apply mana2 mrsm ke asrama penuh sbb sy fikir mak ayah saya org susah mana mampu nk hantar ke asrama. Sejak tu saya hilang sumber inspirasi sy. Sy mula lupa cita2 saya. Sy belajar main2. Saya gagalkan kertas periksa saya. Saya mmg sengaja gagalkan saya tak tahu kenapa saya buat mcm tu. Saya percaya kalau dia masih bersekolah kt situ, sy mesti akan dpt result spm yg cemerlang. Sbb setiap kali melihat dia, saya akan terus bersemangat nak belajar sungguh-sungguh. Lepas dia dah tiada kt sekolah tu, sy pandang siapa2 pun kt sekolah tu sy tetap tak ada semangat nk belajar.
Dia bukanlah hot guy kt sekolah tu. Tapi dia ada sesuatu yg tiada pada org lain. Sampai ke hari ini pun saya masih menganggap dia adalah lelaki yg terbaik pernah sy jumpa. Dia pun sampai sekarang pun tak pernah hiraukan saya. Skrg masing2 dah dewasa, dah ada kerja. Walau mcm mana pun keadaan dia skrg, saya doakan dia bahagia dgn hidup dia. Dia pun takkan tahu sampai bila2 tentang betapa dia sgt bererti buat saya suatu ketika masa dahulu. Hahahaha...
Yg tahu siapa cinta pertama saya ni adalah Izyan. Kawan baik saya, orang yg mula2 sy bagitahu siapa cinta pertama saya ni. Izyan kawan yg tersangat baik tau. Itulah kisah cinta pertama saya. Walaupun ada cinta kedua, ketiga, keempat dan kelima semua tak setanding yg pertama ni.
Ini hanya cerita sahaja, tiada kaitan dengan perasaan hati saya sekarang. Cuma nk berkongsi pengalaman je. Pengalaman indah dalam hidup saya..

Azam 2017: Bahagian 2 (Kuruskan Badan)
Alhamdulillah, walaupun masih lagi gemuk tapi saya gembira ada penurunan berat badan. saya lalu sebelah dinding2 kaca kt ofis sy, sy jadi sedih melihat bayang2 sy. Sebab saya tak nampak wanita bekerjaya di situ. Yang sy nampak sebiji bola yg sedang mengah berjalan. Tak cantik faz. Kau kena berubah. Ubah diri tu.
Sampai sekarang saya masih sedang berusaha. Mula2 sy mmg give up sbb bila timbang je tak byk berat turun. Tapi saya ingatkan diri balik. Faz can do it! Tak perlu tergesa2.Biarlah lambat asal selamat. Don't force yourself. Saya pernah menangis sebab stress nak kurus. Tapi apabila sy terbaca artikel tentang berat normal turun ada 1kg utk seminggu. Lebih dari itu adalah tidak sihat. Saya okaylah dapat turun 5kg dlm masa 2 minggu. Lepas bermuhasabah diri, saya kembali positif.
Skrg ni mmg dah mcm gian nk exercise. Utk badan mcm sy agak susah sikit nk buat exercise berat2. Jadi saya mulakan berjalan kaki selama 1 jam. Zumba kdg2 je buat. Dah bila lama2 dah ok saya start jogging.
Alhamdulillah saya blh buat 2 round padang bola tanpa henti. Saya buat sebanyak 10 round. Esok nya kau jgn cakaplah. Jalan pun berdengkut2. Sabar, mula2 mmg mcm ni. Tapi apa saya dpt dari sakit2 ni. KEPUASAN. Sangat puas. Badan rasa lebih sihat. Kulit pun rasa sihat. Kat office pun dah tak ngantuk mcm dulu.
Nak tahu saya selalu jogging dgn siapa? Dgn Jannah, officemate saya. Kdg2 kitorang g gym kt ofis je.Free of charges. Beruntung sy kwn dgn dia. Semangat dia kuat. N selalu ajak dia mmg no hal je. Dia selalu bg semangat kt saya. Dan dia cantik. Tapi kalau dia tak ada pun, saya akan pergi je tasik sorang2. Peduli apa saya.
Walau apa pun utk kuruskan berat badan ini, kita semua kena tahu formula ni;-
1) 80% - pemakanan
2) 20% - exercise
Kalau exercise byk2 tpi melantak tak ingin, jgn mimpi berat nk turun. klu jaga makan tapi tak exercise berat badan still akan turun. Bila buat dua2, lagi cepat berat turun. Saya dah cuba buat ketiga2 teori ni. Mmg benar.
Hurm, takat itulah jelah saya nak bercerita psl ni. Saya masih sedang berusaha nk dapatkan berat ideal 61kg. Nanti dah kurus saya share gambar lagi. Buat pedoman. Okaylah, next post sy akan kongsi apa yg sy makan sepanjang sy diet ni. Selamat malam.

Monday, 2 January 2017
Azam 2017
Tahun ni 2017, umur saya masuk 29 tahun. Bermakna ada lagi setahun nak masuk 30 tahun. Sebelum ni masuk tahun baru je, saya mmg tak pernah ada azam. Tapi bila saya fikir-fikir, sejak saya berkerja tahun 2012 sampai lah sekarang saya tak pernah nak fikirkan apa2 untuk diri saya. Bagi saya, saya hanya bekerja untuk bantu family. Saya lupakan sosial bersama teman2. Saya lupa pasal kesihatan diri saya. Yg saya fikir hanya kerja semata2. Dulu kalau blh ari ahad sabtu dan waktu public holiday pun kerja. Nampak tak gila duit di situ.
Jadi untuk pertama kali nya saya berazam untuk menguruskam badan saya. Dulu saya tak adalah gemuk mcm skrg. Dulu waktu sekolah 80kg. Dah masuk U 90kg. Dah masuk alam pekerjaan 112kg. Tinggi saya 1.63cm.
Kenapa saya nk kurus ni? Sebabnya dari bulan Disember 2016 lagi, saya dah mula fikirkan. Selama ni saya tak pernah nak fikir psl diri saya. Semua yg saya fikirkan family. Yg penting bagi saya mak dan ayah. Jadi saya bertanya pada diri saya, Fadzilah apa lagi yang kau nak dlm hidup kau? Pelajaran dah ada, kerjaya dah ada, kereta dah ada, duit sendiri sudah ada. Mungkin sebab faktor umur juga, saya rasa saya harus fikirkan sesuatu tentang diri saya.
Gemuk? Ingat semua org kt dunia ni nak ke jadi gemuk. Korang yg susah nk gemuk tu kira beruntung. Jgnlah menghina org gemuk. Mereka pun ada perasaan. Org kutuk saya gemuk? Apa saya peduli. Orang yg mengutuk tu tak pernah pun bagi saya makan, tak pernah pun bagi apa2 kepentingan dalam hidup saya.
Apa saya nak hairan dgn mereka.
Sebenarnya saya mula perasaan bila badan saya makin naik ni, pergerakan jadi terhad. Mudah semput, sesak nafas. Bila jumpa doktor, doktor ckp ia berpunca dari berat badan saya. Doktor pun suggest sy untuk menurunkan berat badan.
Apalagi, saya pun menetapkan azam utk kurus buat kali 1.Berat sy dah elok turun 2 kg , sy mula lupa saya punya azam. Sampailah satu masa ni, saya mendapat tahu crush sy nak kahwin. Dia punya frust, kau tak tahu..hahaha. saya mula bertanya pada diri saya. "Fazz, tak adalah lelaki kan nak suka kau? Sebab kau tak cantik. Kau gemuk."
Eh, tapi saya bukannya desperate nk kahwin ke. Cuma saya fikir, org yg saya suka tak pernah nak suka saya. Jujur sampai ke hari ini pun saya tak pernah lagi serius memikirkan tentang perkahwinan, hehe.. seronok membujang.
Akhirnya, saya mula menetapkan azam nk kurus buat kali ke2. Tapi saya ingatkan bila dah frust dgn crush. Sy bersemangatlah nk kurus. Rupanya dlm masa 2 minggu je saya terus tak ada perasaan kt crush. Sedih pun tak. Jdi diet saya pun on off on off.
Kali ketiga, saya betul2 nekad nk kurus. Pada 19/12/16, bermulalah perjuangan saya. Apa cara saya buat?
1) makan less karbohidrat.
2) makan more protein
3) no air manis
4) no makanan manis
5) exercise 4-5 kali seminggu
Hasilnya...tadaa.
Setakat ni baru turun 5kg la. Jadi dari berat saya 112kg sekarang 101kg. Byk lagi nak kena turunkan ni. Sebab saya punya target berat adah 61kg. Tak apa biar lambat asalkan selamat. Gudluck to my self. Next entry saya postkan gambar terkini saya :)..

Subscribe to:
Posts (Atom)
MOTO HIDUP: Doa , Usaha, Tawakal.
Assalamualaikum.. hari ini saya nk bercerita tentang moto hidup. Saya percaya setiap dari kita ada moto hidup. Moto hidup ni adalah sesuatu ...
-
Cinta pertama.. Eeeeyuuu..jiwangnya tajuk. Cinta pertama ni semua pun mengalaminya. Biasanya berlaku time sekolah. Hari ini saya nak mence...
-
Cuci usus ni bagus untuk kesihatan kita. Kadang2 badan kita rasa x fresh, lemau je kalau datang kerja tu. Pastu kalau makan product2 kesihat...
-
Assalamualaikum. Wah..dah setahun tak menulis di blog sendiri ni. Bukan apa, lupa password. Ni hah, tiba2 teringin nak menulis. Hari ni sa...